18 October 2009

Cara Jepun “Mengharamkan” Rokok

SIM Informasi tentang cara Pemerintah Jepun dalam “mengharamkan” rokok di negaranya. Tidak perlu pakai MUJ (Majlis Ulama Jepun).

Ini menunjukkan bentuk kepedulian Jepun akan kesihatan dan kenyamanan warganya.

* Tahun 2004, Pemerintah Jepun menaikan harga rokok. Dengan dinaikannya rokok, tidak menyebabkan kos pengangkutan, teksi, dll menjadi naik jugak.

* Tahun 2007 akhir, Pemerintah Jepun memasang larangan merokok di semua teksi di Jepun, tidak terkecuali untuk pengemudinya. Kalau di KL kan, penumpang mengalah kepada pemandu teksi yang merokok.

* Tahun 2008, Pemerintah Jepun mengeluarkan kad “Taspo”, yaitu semacam SIK (Surat Izin Merokok), dengan tujuan remaja di bawah umur 20 tahun tidak boleh merokok. Masing-masing perokok wajib terdaftar sebagai perokok dan wajib memiliki kad tersebut. Kad Taspo ini sangat sakti. Mesin penjual rokok atau toko tidak akan menjual rokoknya kepada yang tidak memiliki kad ini.

* Kad ini juga akan mengesan prestasi penggunaan rokok per bulan dalam hitungan grafik, yang berhubungan dengan kesehatan dunia dan sebagainya.

* Rokok di Jepun dibuatkan semacam klasifikasi dari 10 s/d 1. Tujuannya adalah memberikan penyuluhan kepada perokok untuk berhenti secara alami. Klasifikasi tingkat 10 adalah yang paling berat, tinggi kadar tar, nikotin, dll. Setelah itu akan biasakan dengan rokok klasifikasi 9, 8, 7, dst., akhirnya klasifikasi tingkat-1, yaitu rokok yang paling ringan. Kalau sudah terbiasa menghisap rokok klasifikasi-1, tidak merokok sama sekali pun boleh.

* Tempat-tempat merokok disediakan bagi perokok hampir di pusat-pusat kota

* Merokok sambil berjalan boleh didenda 5000 yen/ RM200 di tempat!

* Awal 2009, dikabarkan harga rokok akan naik berlipat-kali ganda, dari 300 yen menjadi 900 yen. Dijamin, gaji akan habis kalau nekad beli rokok tiap hari. Semua karena pemerintah peduli kepada warganya. Tanpa perlu fatwa-fatwa.

oleh Zamri Kecik's (http://www.geocities.com/sulai77unlam/blogger/rokok2.jpg)
NAK BACA LAGI - Cara Jepun “Mengharamkan” Rokok

26 September 2009

Rahsia Pelari Kulit Hitam

Prestasi manusia terpantas dunia, Usain Bolt di balapan sering dikaitkan dengan faktor diet khas, kelebihan genetik dan ketahanan fizikal.Pelari pecut dari Jamaica, Usain Bolt, mengejutkan khalayak peminat sukan balapan apabila memecahkan tiga rekod dunia dalam tempoh dua tahun. Terbaru, pelari berusia 23 tahun itu telah mencipta rekod dunia acara 100 meter lelaki pada Kejohanan Olahraga Dunia di Stadium Olimpik Berlin. Catatan masa 9.69 saat yang dilakukan Bolt pada Sukan Olimpik Beijing 2008 diperbaharui hujung minggu lalu dengan kiraan masa 9.58 saat. Menyingkap pencapaian di Beijing tahun lalu, Bolt turut memenangi semua acara pecut pada temasya Olimpik itu dengan catatan rekod dunia. "Sebagai atlet, saya berlatih sepanjang tahun dan itulah yang saya lakukan. Hasilnya cukup berbaloi," ulas Bolt tentang kemenangannya di Berlin itu, walaupun berasa sedikit tercabar dengan kehadiran pesaing utamanya, Tyson Gay. "Tyson seorang atlet yang hebat. Dia sentiasa memaksa saya berada pada tahap terbaik dan saya tahu musim depan dia akan melakukannya sekali lagi."Pencapaian Bolt itu adalah sesuatu yang luar biasa dan ia sekali gus mengesahkan kajian yang ditemui oleh sekumpulan penyelidik sains bahawa manusia sedang mengalami proses evolusi, sama seperti haiwan zaman prasejarah, dinosaur.
Pantas sejak sekolah

Evolusi kepantasan manusia telah lama berlaku sejak hampir seabad yang lalu. Pelari kulit hitam yang sering mendominasi acara larian, baik di trek ataupun di acara maraton jalanan, sering dikaitkan dengan faktor diet khas dan kelebihan genetik mereka. Pelari kulit hitam secara perbandingannya mempunyai kaki yang panjang, tulang yang lebih padat, punggung yang lentik, paha yang berotot serta betis yang ringan. Ini sangat membantu koordinasi cekap dalam larian. Diperteguhkan ciri-ciri itu, strategi berikutnya adalah latihan yang khusus dan sistematik. Atlet maraton Kenya sendiri pernah membocorkan rahsia kejayaan mereka iaitu mereka sering berlatih di kawasan beraltitud tinggi dan ketumpatan oksigen yang rendah. Itu membantu dari aspek keselerasan koordinasi tubuh dengan corak pernafasan. Bolt dilahirkan pada 21 Ogos 1986 di pekan Sherwood Content di Trelawny, Jamaica. Dia dibesarkan oleh ibu bapanya, Jennifer dan Wellesley Bolt, bersama dua adik-beradiknya yang lain iaitu Sadeeki dan Sherine. Ketika ibu bapanya sibuk menguruskan perniagaan runcit mereka, Bolt menghabiskan masa dengan bermain kriket dan bola sepak di jalanan. "Ketika saya kecil, saya tidak berminat pada yang lain selain sukan," ujar Bolt yang mengikuti pendidikan awal di Waldensia Primary. Di sekolah rendah itulah, minat dan potensinya dalam acara lumba lari dicungkil selepas menyertai pertandingan sukan balapan antara sekolah. Ketika berusia 12 tahun, Bolt muncul sebagai pelari sekolah yang paling pantas dalam acara melebihi 100 meter. Sejurus melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi William Knibb Memorial, Bolt telah cuba mengembangkan bakatnya dalam sukan dan permainan lain. Begitupun, jurulatih kriket Bolt menyedari kepantasan Bolt di gelanggang dan mencadangkannya agar menguji kemampuan diri dalam acara balapan dan padang. Juara di sekolah bukan bermakna Bolt boleh mendabik dada. Dia juga sering memperbaiki dirinya di bawah tunjuk ajar bekas pelari 100 meter Olimpik, Pablo McNeil, dan bimbingan jurulatih Dwayne Barrett.

Cinta dan bola

Biarpun berotot sasa dan diselubungi aura maskulin, Bolt tidak malu melahirkan minat dan rasa cintanya terhadap tarian. Dia juga mengakui bahawa dirinya yang sebenar adalah seorang yang santai dan relaks.


PELARI pecut Jamaica, Usain Bolt, tersenyum girang setelah menjuarai lumba lari lelaki 200 meter akhir pada IAAF 2009 dengan rekod baru, 19.19 saat.


Tidak lari daripada fitrah ingin berpasang-pasangan, Bolt kini sedang berpacaran dengan Mizicann Evans. Pasangan ini mula berkawan sejak bertemu di trek ketika berusia 13 tahun. Mereka akhirnya mengakui menjalin hubungan istimewa pada tahun 2004. Kalau bukan berlari sendirian di trek sambil ditemani jurulatihnya, atau menghabiskan masa latihan dan santai bersama Evans, Bolt pasti akan mengambil tahu perkembangan kelab bola sepak kegemarannya iaitu Manchester United. Malah ketika membuat latihan larian di Manchester berikutan sebuah pertandingan, Bolt sempat bertemu Cristiano Ronaldo dan berkongsi tip lariannya.

Sumber: Kosmo

NAK BACA LAGI - Rahsia Pelari Kulit Hitam

Situasi semasa Selsema babi (TERKINI)

Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 77

Pada hari ini, seramai 135 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan 108 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki sebanyak 704 kes ILI yang sedang dirawat di 78 buah hospital termasuk 8 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah kes ILI yang sedang dirawat, hanya 184 pesakit atau 26% merupakan kes H1N1 disahkan melalui ujian makmal.

Daripada jumlah pesakit H1N1 yang menerima rawatan di hospital, sebanyak 21 kes atau 11% sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kemasukkan kes baru ke Unit Rawatan Rapi dan 4 kes discaj hari ini. Untuk makluman, seramai 19 atau 91% yang disahkan positif influenza A(H1N1) dan sedang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko seperti berikut; kanak-kanak bawah 5 tahun (7), penyakit kronik (3), obesiti (5), penyakit respiratori kronik (3) dan warga emas ke atas 65 tahun (1).

Tiada kematian H1N1 didaftarkan hari ini di Malaysia.

NAK BACA LAGI - Situasi semasa Selsema babi (TERKINI)

23 September 2009

Nama ' Malaysia ' telah digunakan sebelum 1940

Betulke cerita ni? Nama Malaysia telah digunakan sebelum 1940. Cuba baca artikel dibawah :
SEAWAL TAHUN 1937 NAMA 'MALAYSIA' TELAH DISEBUT DALAM SEBUAH BUKU BERTAJUK,"MALAYSIA:A STUDY IN DIRECT AND INDIRECT RULE" YANG DIKARANG OLEH RUPERT EMERSON, NEW YORK,MC MILLAN (20 tahun sebelum merdeka dan sebelum Jepun menyerang tanah melayu.TAJUK BUKU INI ADA KAMI JUMPAI SEMASA SURFING.

Kita andaikan begini,kalaulah mereka dahulu (TAR and the gang) nak bincang kemerdekaan dan nama negara, sudah pasti selepas Jepun tewas tahun 1945 dan 12 tahun kemudian Malaya yang merdeka dan nama Malaysia ini hanya wujud pada tahun 1963,kombinasi saudara kita di Sabah dan Sarawak. Bukan kah begitu kefahaman kita selame ini??? Anehnya buku ini terhasil jauh lebih awal dari tarikh-tarikh ini.JADI persoalannya, NAMA NEGARA KITA MALAYSIA INI AGENDA SIAPA SEBENARNYA? US terlibat juge ke?

Tidak salah jika kami katakan bahawa sejarah Malaysia hari ini harus dibongkar sedaya mane yang boleh. Terlalu banyak kepincangan yang kita temui. Kesarjanaan kita bukanlah untuk mendabik dada mengatakan akulah pakar yang tahu semua sejarah bangsa. Yang amat mengetahui hanyalah Allah SWT sahaja. Jangan sampai kita dipersalahkan oleh anak cucu kita dikemudian hari kerana tidak berbuat apa-apa hari ini.
Sumber:http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/
NAK BACA LAGI - Nama ' Malaysia ' telah digunakan sebelum 1940

Masa Terkini

Kalender 2009

Waktu Solat

Diari Terkini Blog

Powered By Blogger
Blog Cikgu Rizal | Template by - Abdul Munir - 2008 - layout4all